Friday, July 31, 2020

Tips Kurangkan Masalah Habuk di Rumah Semudah ABC

Assalamualaikum. Salam sejahtera abam Yus ucapkan. πŸ™‚πŸ™‚
Abam Yus nak ucapkan terima kasih kepada puan² yang sudi baca entry Tips Kurangkan Masalah Habuk di Rumah sebelum ini. Harap entry tu membantu. Mungkin tips tu bukanlah 100% akan menjadi. Tapi abam Yus yakin paling tidak pun ianya 50% membantu. πŸ˜¬πŸ˜¬
Sebenarnyakan ada cara mudah untuk kurangkan habuk di rumah. Semudah ABC. Yup betul semudah 123. Cuba puan² guna penapis udara di rumah. Memang masalah habuk akan berkurangan.


Memang nampak perbezaan yang ketara selepas guna penapis udara. Dulu setiap 2 minggu kena lap kipas di rumah. Habuk yang melekat kat kipas punyalah tebal. Kalau dibiarkan, kipas jadi berat untuk berpusing. Apabila kipas berat, rumah berbahang la jadinya. Suka atau tak, memang kena lap lah kipas tuh kan. Lagipun sakit mata tengok habuk tebal kat kipas.


Tapi selepas guna penapis udara, habuk kat kipas pun berkurangan. Sekarang ni sebulan sekali baru lap kipas. Itu pun habuk yang melekat amatlah sikit berbanding sebelum ini.
Dulu habuk² tu diperangkap oleh kipas. Sekarang ni tugas memerangkap habuk diambil alih oleh penapis udara. Ha gitulah fungsi utama penapis udara.


Banyak lagi kebaikkan penapis udara nih. Antaranya ialah :-

KEBAIKKAN PENAPIS UDARA:-
 memerangkap debu, habuk di dalam rumah
 memerangkap bulu kucing
 memerangkap bau hapak dari sofa dan langsir
 menyamankan udara di dalam rumah
 menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis kucing/anjing & bau masam

Ha banyakkan kelebihan penapis udara. Serius berbaloi bayar bulan². Udara rumah kita jadi lebih segar. Rumah kita pun jadi lebih bersih.
Masalah selsema dan bersin² pun akan berkurangan. Habuklah punca tu semua. So bila habuk kurang, Insya Allah kesihatan lebih baik. πŸ˜ŠπŸ˜Š
Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. πŸ€—πŸ€—

No comments:

Post a Comment